Tuesday, September 22, 2009
Saturday, September 19, 2009
Anak kita, Hak kita laa
Hehe.. macam serius je tajuk nya. Saja je, malam-malam macam ni lepas tengok anak-anak tido macam ada rasa kepuasan. Iyelakan, kita jaga dia, suap makan n minum pas tu tidorkan dia. Bagaimana rasanya kalau tak ada anak. Slu jugak makcik ckp kat laki makcik " Mujur kita kawin, adala.. anak, tak la rasa bosan sangat kat umah.Hehhee..
Tapi ada kawan makcik, dia ada anak tapi mak dia pula tak kasi cucu dia kat kawan makcik tu. Pernah la.. kawan makcik mintak nak jaga anak dia, tapi mak dia siap nangis n meraung-raung tak bagi cucu dia. Kesian pulak dengar kawan makcik cite. Kawan makcik pulak, itu seorang je anak dia. Comel pulak tu. Cedih nya... Kalau makcik la..rasanya terus isi borang tukar, pindah duk serumah dgn mak ayah. Iyela.. makcik beranak penat-penat takkan nak bagi org. Iye tak.
Laki makcik cakap, susah or senang kita kena jaga anak kita. Itu kan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita, kenapa perlu susahkan orang lain. Contohnya suruh mak bapak kita jaga. Helloo.. masa kite kecik dulu pun dia dah jaga kita takkan bila kita ada anak nak suruh diorg jaga pulak cucu dia. Kesian la.. kat diorg. Tapi org tua slu ckp OK, nt kalau ckp tak nak jaga kita pulak terasa hati.
Semalam makcik berjalan-jalan kat satu blogger, dia ckp setiap kali dia mengandung mesti ank dia, dia bagi mak dia jaga sorg. Konon2nya penat, tak larat nak jaga anak sebab dia seorg yang bekerja. Anak dia pulak nakal. Kerja pulak sebagai guru. Hahaha... Hellooo kawan, makcik pun kerja jugak,cikgu jugak, tapi makcik boleh jaga anak makcik sendiri. Siap brestfeeding lagi..Lucu mendengarnya..Makcik memang tak berselera dengan org macam ni. Makcik anggap dia seorg yang tak bertanggungjawab. Budak-budak biasala.. nakal sikit. Nanti kalau budak tu duk diam je, masalah lain pulak yang timbul. Anak makcik rasanya dalam kategori nakal giler gak, tapi makcik masih boleh kawal. Ayat dia senang je "nanti mama naik hantu, awak kena la.." (ayat ugut tu)
Apa-apa pun makcik sayang sangat anak makcik. Biarla.. orang ckp anak makcik tak comel, tak cantik tapi pada makcik semuanya comel-comel. Kalaula ada org nak tukar anak dengan makcik, eii tak sanggup makcik. Itu la..anak makcik dunia dan akhirat.

Danish and the gang
Tuesday, September 15, 2009
Sakitnya Hati!!!

Kenapa Era sakit hati?
Ada orang sindir makcik. Kalau orang suku sakat dengan makcik, makcik tak kisah sangat tapi ni anak beranak.Helloo... suka hati makcik la..Ada makcik mintak duit dengan dia. Kalau tak nak tolong pun tak payah la.. nak sindir-sindir. Ni siap cakap lagi kat makcik "buat benda yang tak ada faedah" cedihnya hati makcik.
Dah banyak kali dah dia ckp macam-macam kat makcik, sebab makcik ni jenis perhati kat orang, sekali dua makcik bole sabar lagi. Tapi kalau dah byk kali makcik dah hilang sabar memang nak kena la.. budak ni.
Kadang-kadang makcik pk makcik ada buat salah apa kat dia. Ada ke makcik sakitkan hati dia. May be ada la.. kot. Tp Terus terang je la..makcik boleh terima. Mummy makcik pun masih tegur makcik klu makcik buat salah.Makcik kalau makcik sakit hati pun (kira tahap maksimum la..), makcik cite kat laki makcik, tak pun kat akak makcik.
Kalau la.. orang tut terbaca makcik punya karangan dalam blog ni mungkin kah dia terasa hati dengan makcik
Ahh.. ada makcik kisah dgn semua tu. Jawapannya makcik langsung tak kisah. Dia tut.. memang tak ada makna pun dalam hidup makcik.
Kejamkah aku???!!!
Monday, September 14, 2009
2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest

Nampaknya besok last 2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest tapi Era tetap nak join contest ni.
Nak tau kenapa???
sebabnya kalau bab stroller ni memang sudah menjadi habit Era's family untuk membawanya ke mana sahaja walaupun Princess Ezzah dah boleh berjalan. Tengok dalam LRT pun kita angkut naik.
Tak percaya!!!
Buktinya!!!!

Tengok tu, Princess Ezzah berehat kepenatan selepas sehari suntuk berjalan.
Sunday, September 6, 2009
"MyKhalish - Contest Ikut Muka Sape?"
Yeehai.."MyKhalish - Contest Ikut Muka Sape?" Dah datang. Jom kita buat check up anak-anak kita ikut muka sapa. Sonok tau.. masa ni baru la.. kita perasan jari kaki, telinga, bulu mata anak-anak sama macam sapa. Pandai Mummy n Daddy Khalish cari idea. Sempena nak dekat raya ni, jom kita join contest ni. Mana la.. tau dapat ole-ole untuk raya.
Tengok ni, habis gerabak buruk kat umah di kampung kitorang kerjakan coz nak cari gambar-gambar baby kitorang yang lama berkarat. Akhirnya berjaya juga..
Mr. Papa time kecik-kecik dulu with Abang dia
Anak sapa... la ni ( Era ler ni...)
Macam muka sapa la.. anak-anakku ini. Pada pemerhatian beta ( Cewahh Beta tu..kerabat mana pulok ni kui..kui..)
Mata - Mata Danish ikut papa dia coz sepet sikit. Mata Ezzah ni macam mata Era, coz mata dia mata bulat.
Hidung- Ha.. bab hidung ni sensitif sikit. Hidung Danish sama macam hidung Era. Almaklum la.. hidung Era ni bukan sahaja tak berapa mancung, memang tak mancung-mancung pun, siap kembang lagi. Hidung Ezzah mancung ckit. May be ikut Papa dia (Mancung ker??)
Dahi- Dahi Danish sama macam Era, tapi Dahi Ezzah sebijik macam papa dia, coz dahi Ezzah dahi tinggila.. ckit.
Bibir - Mak mertua cakap bibir anak-anak sama macam bibir Era. Iyer ke??Ok la.. tu. Anak sapa tu??
Bulu Mata - Bab bulu mata semua ikut Mr. Papa sebab semua bulu mata lentik dan jarang
Kening- Danish ikut papa, Ezzah ikut mama.
Rambut - Bab rambut ni sensitif sikit. Anak-anak semua ikut Papa. Almaklum la.. rambut papa ckit n lurus, klu ikut mama tentu rambut you all semua lebat n sedikit ikal.
Shape muka - Semua ikut papa.
Jari kaki - Seorang ikut Papa ( Danish) seorang ikut mama (Ezzah) baru adil kan
Telinga - Semua ikut Mr. Papa.
Warna mata - Danish n Ezzah punya warna mata coklat lembut macam Era.
Keseluruhannya anak-anakku
Danish : Macam papa
Ezzah : Macam Mama
Wednesday, September 2, 2009
HAPPY FAMILY CONTEST
JOIN JANGAN TAK JOIN. HEHEHE…
First time tengok contest ni terus teringin nak masuk. So Era pun upload banner ni dalam Era punya blog, walaupun gambarnya belum di cari lagi. Cari punya cari jumpa la.. gambar ni.
Ini pun gambar ihsan dari erin pinky coz masa pergi Genting Higland ari tu tertinggal kamera. Ini la.. keluarga bahagia kitorang. Tengok tu sehati sejiwa Era ,Mr. Papa dan anak-anak. Iyela.. sama-sama montel and cute miut semuaya. Almaklumla.. tak ada masalah yang boleh membebankan kepala otak , jadi hari-hari kerjanya membesarkan tubuh badan. hahaha...
" Jalan-jalan cari makan...".
" Papa, tak payah angkat penghawa dingin( ketiak macam) tu.. kat sini dah sejuk da..Tq Aunty Erin coz amik gambar kitorang ni"
Kepada semua blogger, jom kita masuk contest ni. sonokkkkkkk sebab dia terbuka pada semua tak kira yang dah kawin atau tidak.
P/S : Anak Era cakap gambar pada banner tu gambar Danish, Papa, Mama and Adik Ezzah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)






