Tuesday, December 29, 2009

Macam-Macam hal cuti sekolah ni


Mcm- Mcm hal cuti sekolah ni.
1. Final Exam bagi Semester September
2. Banjir di Kelantan
3. Kereta ku DBC 481 telah ku temui dan telah ku ambil untuk kegunaan ku.
4. Pertukaran Sekolah dari SK Sri Wangi, Gua Musang ke SK Bukit Perah, PAsir Mas.
5. Mencari Tadika dan Taska yag sesuai untuk anak-anak ku..

Oleh kerana pelbagai perkara yang perlu Era’s family selesaikan jd kami terpaksa lupakan bab blogging2 ni.
Sorry ekk..

Maafkan kami

Monday, November 23, 2009

Kelantan Banjir lagi la..

KELANTAN BANJIR KALI KE-2

Sebelum nak cerita pasal banjir Era’s family nak mintak maaf banyak-banyak kerana sudah lama tak post citer pasal kitorang. Maklumla.. 2-3 tiga minggu ni kitorang bzz dengan keje sekolah yang bertimbun-timbun dan keje assignment yang perlu dihantar. Wahh.. banyak tu.. nt start 7hb -20 hb December kitorg bzz dengan exam pulak. Tu la.. masa muda-muda tak nak blaja, bila dah tua n dah ada anak baru cbuk nak blaja.. Tensionn.. tu.
Kita cerita pasal banjir.. Kalau pasal banjir Era’s family memang slu tak miss.

Why??
Sebab rumah Mr. Aje always banjir every year..So sengaja la.. I and anak2 duk kat sini sebab nak main air. First time, masa tu baru lepas kawin, wei sonok giler main banjir. Nak buat macam mana orang baru jumpa banjir.
Tahun 2009 ni Kg. Penambang dilanda 2 kali banjir.. 1st banjir 7hb November (ari hantar assignment.. Mintak maaf kepada semua tutor sebab x leh antar assignment) tapi masa tu kitorg tak der camera coz tertinggal kat Gm, so tak dapatla.. post gambar.
Antara kelengkapan yang Mr. Aje sediakan untuk anak-anak dia
Jeng, jeng….


Perahu baru beli
N

Perahu turun temurun ni.
Boleh dikira kebanyakan penduduk kat sini mesti ada perahu


Sempat lagi posing. Nak pegi jalan-jalan ni..

Bantuan pun banyak yang sampai
Antaranya:


Pertahanan awam mengambil dan menghantarpelajar SPM di sekolah
Tentu you all nak tau kereta kami letak kat mana.
Semua kereta kitorg tumpangkan
Kat sini

Umah Ustaz Halim
(adun Kijang)
Coz umah dia tinggi, air pun tak naik..
Sekian sahaja cite air dari Era’s family
Nt kita sambung pulak ekkk



Monday, October 19, 2009

Makcik Cedih Ari ni....

Kenapa la.. ari ni asyik duk pk, dan terbayang-bayang wajah anak murid makcik.
Semalam anak murid makcik meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menyesal pulak makcik pukul dia minggu lepas, dek kerana dia tak buat keje rumah makcik.
Pagi tadi, Husband (Mr. Aje) tepon bagi tau anak murid makcik meninggal, tapi katanya murid tahun 4.
Lepas tu pukul 12.30 makcik pergi sekolah,ari ni terpaksa bawa kete sebab Ezzah bangun lambat.(slunya makcik hantar anak kat nursery kul 11.00pg).
Sampai kat sekolah Puyihh pun panggil
"Teacher, Hakim budak kelas kita dah mati"
"Iyer ke??" Makcik terkejut la..macam tak percaya
Masuk bilik guru, ramai kengkawan dah bercerita, dan makcik pun tepon Guru Kelas dia coz nak tumpang pergi umah Amerul Hakim.
Rupa-rupanya ibu dia meninggal di tempat kejadian,Hakim meninggal di hospital, Ayah dia sekarang koma, dan yang terselamat cuma adik dia yang berumur 1tahun lebih. Kesian tengok adik dia, habis lebam kat pipi n 2 jahitan kat kepala. Kak Aina, dah merah mata, cedih kot. Makcik pun macam tu jugak.
Pukul 1:20 makcik pun pulang,dalam hati terfikir, macam mana la.. adik Hakim tu ya.. mesti lepas ni demam teringatkan ibu dia.
Patut la.. minggu lepas, time makcik nak rotan dia mintak ampun, slunya kalau kita nak rotan dia terus halang je, tapi minggu lepas, macam redha je Makcik nak pukul dia.
Kepada semua pemandu jalan raya, and kepada laki makcik sendiri, bawak keta jangan laju-laju.
Kepada Hakim, Teacher sedekahkan Al- Fatihah untuk Hakim. Semoga Hakim tenang di sana..
petikan drp:
Tiga maut, dua parah kemalangan di Bukit Sejuk
GUA MUSANG 18 Okt. - Tiga orang maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua kereta yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 21.2, Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Bukit Sejuk di sini petang ini.
Mereka yang terbunuh ialah penumpang kereta Proton V6, Noraini Abdul Rahim, 29, dan pemandu kereta Proton Wira, Tan Ooi Tiang, 48, dan seorang kanak-kanak berusia sekitar lima tahun yang belum dikenalpasti.
Kanak-kanak itu dikatakan anak kepada Ooi Tiang, manakala dua mangsa yang cedera parah ialah pemandu dan penumpang kereta Perdana V6.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika hujan lebat dengan permukaan jalan agak licin.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta terbabit terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung," katanya di sini hari ini.
Aziz berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit tersepit dalam kenderaan masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan serius di kepala serta badan.
Katanya, dua lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.

Thursday, October 15, 2009

Era's family kembali bzzzz



Salam semua. Kenapa Era's family jarang post cite???

1. Kena siapkan assigment yang nak kena hantar pada 7th November 2009. Kalau bukak internet pun untuk cari bahan-bahan assigment. Lagipun Makcik dengan Pakcik ni Buah Cempedak Luar pagar, Kami budak baru belajar.hahaha...
2. Rumah kita org dah nak siap, Era's family cbuk mencari aksesori yang murah-murah untuk diletakkan dalam umah. Lagipun poket Era's family tengah nipis sekarang ni.
3. Anak-anak tak sporting sekarang ni. Slu tidur lambat, macam mana nak main internet ni.
4. Makcik di serang batuk yang berpanjangan, jadi tak da mood la.. nak menaip kalau ada pun cuma nak masuk contest yang member2 bogger buat. (Masuk jugak walaupun tak penah menang)
hahhaa....

Sunday, October 4, 2009

Mangsa Buli Contest





MANGSA BULI CONTEST!!!

Tengok tajuk da mereman bulu roma Makcik. Cewahhh.. macam tak biasa buat. Hehehe..

Tapi siapa yang kitorang buli (Makcik & Laki Makcik)

Jeng..Jeng..




Siapakah ini?!!!


Surprise!!

cak a..
Nama saya: WAN NURUL EZZAH BT WAN MOHD AZAN

Umur saya: 1 TAHUN 3 BULAN

Time bila mama & papa buli saya : Bulan Lepas ( Bulan Pose)
Kenapa saya di buli: Sebab saya kacau mama & papa tengah tido.
Di mana tu???
Di dalam bilik, di umah Tok Wan kat Kg.Penambang,Kota Bharu


Kesian saya aunty. Nanti aunty rotan papa n mama k.

harap-harap aunty sudi kasi





'Anna Sui "LIVE YOU DREAM" 4 ml






http://www.annasui-liveyourdream.com/



(sape-sape nak link silakan)

&



Anna Sui "NIGHT OF FANCY" 4ml
http://www.annasui-nightoffancy.com/en/
kat


mama & papa kita





sebab ezzah sayang diorang

Tuesday, September 22, 2009

Wan Mohd Haziq

Haziq n Family in Medan

Saturday, September 19, 2009

Anak kita, Hak kita laa

Hehe.. macam serius je tajuk nya. Saja je, malam-malam macam ni lepas tengok anak-anak tido macam ada rasa kepuasan. Iyelakan, kita jaga dia, suap makan n minum pas tu tidorkan dia. Bagaimana rasanya kalau tak ada anak. Slu jugak makcik ckp kat laki makcik " Mujur kita kawin, adala.. anak, tak la rasa bosan sangat kat umah.Hehhee..
Tapi ada kawan makcik, dia ada anak tapi mak dia pula tak kasi cucu dia kat kawan makcik tu. Pernah la.. kawan makcik mintak nak jaga anak dia, tapi mak dia siap nangis n meraung-raung tak bagi cucu dia. Kesian pulak dengar kawan makcik cite. Kawan makcik pulak, itu seorang je anak dia. Comel pulak tu. Cedih nya... Kalau makcik la..rasanya terus isi borang tukar, pindah duk serumah dgn mak ayah. Iyela.. makcik beranak penat-penat takkan nak bagi org. Iye tak.

Laki makcik cakap, susah or senang kita kena jaga anak kita. Itu kan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita, kenapa perlu susahkan orang lain. Contohnya suruh mak bapak kita jaga. Helloo.. masa kite kecik dulu pun dia dah jaga kita takkan bila kita ada anak nak suruh diorg jaga pulak cucu dia. Kesian la.. kat diorg. Tapi org tua slu ckp OK, nt kalau ckp tak nak jaga kita pulak terasa hati.

Semalam makcik berjalan-jalan kat satu blogger, dia ckp setiap kali dia mengandung mesti ank dia, dia bagi mak dia jaga sorg. Konon2nya penat, tak larat nak jaga anak sebab dia seorg yang bekerja. Anak dia pulak nakal. Kerja pulak sebagai guru. Hahaha... Hellooo kawan, makcik pun kerja jugak,cikgu jugak, tapi makcik boleh jaga anak makcik sendiri. Siap brestfeeding lagi..Lucu mendengarnya..Makcik memang tak berselera dengan org macam ni. Makcik anggap dia seorg yang tak bertanggungjawab. Budak-budak biasala.. nakal sikit. Nanti kalau budak tu duk diam je, masalah lain pulak yang timbul. Anak makcik rasanya dalam kategori nakal giler gak, tapi makcik masih boleh kawal. Ayat dia senang je "nanti mama naik hantu, awak kena la.." (ayat ugut tu)

Apa-apa pun makcik sayang sangat anak makcik. Biarla.. orang ckp anak makcik tak comel, tak cantik tapi pada makcik semuanya comel-comel. Kalaula ada org nak tukar anak dengan makcik, eii tak sanggup makcik. Itu la..anak makcik dunia dan akhirat.



Danish and the gang

Tuesday, September 15, 2009

Sakitnya Hati!!!


Kenapa Era sakit hati?
Ada orang sindir makcik. Kalau orang suku sakat dengan makcik, makcik tak kisah sangat tapi ni anak beranak.Helloo... suka hati makcik la..Ada makcik mintak duit dengan dia. Kalau tak nak tolong pun tak payah la.. nak sindir-sindir. Ni siap cakap lagi kat makcik "buat benda yang tak ada faedah" cedihnya hati makcik.
Dah banyak kali dah dia ckp macam-macam kat makcik, sebab makcik ni jenis perhati kat orang, sekali dua makcik bole sabar lagi. Tapi kalau dah byk kali makcik dah hilang sabar memang nak kena la.. budak ni.
Kadang-kadang makcik pk makcik ada buat salah apa kat dia. Ada ke makcik sakitkan hati dia. May be ada la.. kot. Tp Terus terang je la..makcik boleh terima. Mummy makcik pun masih tegur makcik klu makcik buat salah.Makcik kalau makcik sakit hati pun (kira tahap maksimum la..), makcik cite kat laki makcik, tak pun kat akak makcik.
Kalau la.. orang tut terbaca makcik punya karangan dalam blog ni mungkin kah dia terasa hati dengan makcik
Ahh.. ada makcik kisah dgn semua tu. Jawapannya makcik langsung tak kisah. Dia tut.. memang tak ada makna pun dalam hidup makcik.
Kejamkah aku???!!!

Monday, September 14, 2009

2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest



Nampaknya besok last 2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest tapi Era tetap nak join contest ni.
Nak tau kenapa???
sebabnya kalau bab stroller ni memang sudah menjadi habit Era's family untuk membawanya ke mana sahaja walaupun Princess Ezzah dah boleh berjalan. Tengok dalam LRT pun kita angkut naik.
Tak percaya!!!
Buktinya!!!!



Tengok tu, Princess Ezzah berehat kepenatan selepas sehari suntuk berjalan.

Sunday, September 6, 2009

"MyKhalish - Contest Ikut Muka Sape?"

Yeehai.."MyKhalish - Contest Ikut Muka Sape?" Dah datang. Jom kita buat check up anak-anak kita ikut muka sapa. Sonok tau.. masa ni baru la.. kita perasan jari kaki, telinga, bulu mata anak-anak sama macam sapa. Pandai Mummy n Daddy Khalish cari idea. Sempena nak dekat raya ni, jom kita join contest ni. Mana la.. tau dapat ole-ole untuk raya.
Tengok ni, habis gerabak buruk kat umah di kampung kitorang kerjakan coz nak cari gambar-gambar baby kitorang yang lama berkarat. Akhirnya berjaya juga..
Mr. Papa time kecik-kecik dulu with Abang dia
Anak sapa... la ni ( Era ler ni...)
My Prince Wan Nur Erfan Danish 
  Wan Nurul Ezzah
Macam muka sapa la.. anak-anakku ini. Pada pemerhatian beta ( Cewahh Beta tu..kerabat mana pulok ni kui..kui..)

  1. Mata - Mata Danish ikut papa dia coz sepet sikit. Mata Ezzah ni macam mata Era, coz mata dia mata bulat.

  2. Hidung- Ha.. bab hidung ni sensitif sikit. Hidung Danish sama macam hidung Era. Almaklum la.. hidung Era ni bukan sahaja tak berapa mancung, memang tak mancung-mancung pun, siap kembang lagi. Hidung Ezzah mancung ckit. May be ikut Papa dia (Mancung ker??)

  3. Dahi- Dahi Danish sama macam Era, tapi Dahi Ezzah sebijik macam papa dia, coz  dahi Ezzah dahi tinggila.. ckit.

  4. Bibir - Mak mertua cakap bibir anak-anak sama macam bibir Era. Iyer ke??Ok la.. tu. Anak sapa tu??

  5. Bulu Mata - Bab bulu mata semua ikut Mr. Papa sebab semua bulu mata lentik dan jarang

  6. Kening- Danish ikut papa, Ezzah ikut mama.

  7. Rambut - Bab rambut ni sensitif sikit. Anak-anak semua ikut Papa. Almaklum la.. rambut papa ckit n lurus, klu ikut mama tentu rambut you all semua lebat n sedikit ikal.

  8. Shape muka - Semua ikut papa.

  9. Jari kaki - Seorang ikut Papa ( Danish) seorang ikut mama (Ezzah) baru adil kan

  10. Telinga - Semua ikut Mr. Papa.

  11. Warna mata - Danish n Ezzah punya warna mata coklat lembut macam Era.
Keseluruhannya anak-anakku
Danish : Macam papa
Ezzah : Macam Mama 

Wednesday, September 2, 2009

HAPPY FAMILY CONTEST

JOIN JANGAN TAK JOIN. HEHEHE…
First time tengok contest ni terus teringin nak masuk. So Era pun upload banner ni dalam Era punya blog, walaupun gambarnya belum di cari lagi. Cari punya cari jumpa la.. gambar ni.
 Ini pun gambar ihsan dari erin pinky coz masa pergi Genting Higland ari tu tertinggal kamera. Ini la.. keluarga bahagia kitorang. Tengok tu sehati sejiwa Era ,Mr. Papa dan anak-anak. Iyela.. sama-sama montel and cute miut semuaya. Almaklumla.. tak ada masalah yang boleh membebankan kepala otak , jadi hari-hari kerjanya membesarkan tubuh badan. hahaha...
" Jalan-jalan cari makan...".
" Papa, tak payah angkat penghawa dingin( ketiak macam) tu.. kat sini dah sejuk da..Tq Aunty Erin coz amik gambar kitorang ni"
Kepada semua blogger, jom kita masuk contest ni. sonokkkkkkk sebab dia terbuka pada semua tak kira yang dah kawin atau tidak.
P/S : Anak Era cakap gambar pada banner tu gambar Danish, Papa, Mama and Adik Ezzah.
 
 

Saturday, August 29, 2009

Danish Gunting Rambut Adik Lagi!!!!

Hari ni lepas bersahur Era sambung tido kat depan tv je,sebab anak-anak bangun awal. Diorang semua duk tengok Astro Ceria. Takut nak tinggalkan diorang, nanti lain pulak jadinya. Mr. Aje pun sama, dia tido atas sofa. Bangun dari tido, Era pegi mandi, Mr. Papa pulak bersiap nak pergi sekolah. Itula.. untung Era ngajar petang, boleh bangun lambat ckit (jgn jelesss..)
Time era duk sapu lantai. I saw something..( apa tu..??? macam kenal je)
rambut Ezzah yang digunting oleh Danish menggunakan Gunting biru ini!!!
Dah la.. rambut adik ckit, dia pegi gunting pulak.
Adik dia pulak tercengih je.
Pastu, dia dengan selambanya:
"Danish nak main basikal kat luarla.."
Nak larikan diri la.. tu.
Sebelum Mama dia naik hantu baik dia kuar.
Siap Danish, Papa balik karang Mama bagi tau Papa.
Geramnya

Thursday, August 27, 2009

Birthday Wan Erfan Danish


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Danish
Happy birthday to you.
26 Ogos 2005, Era selamat bersalinkan Danish. 2.6kg je, pukul 3: 18 pagi (masa ni orang semua nak tido dia cbuk nak kuar). Sekarang Danish da umur 4 thn. Dah besar anak teruna aku. Songehnya pun byk. Ada sekali dia cakap Teacher dia tu lebh pandai dari Era sebab Era tak pandai buat topeng,buat kapal. Excuse me Mama ngko ni pun Teacher jugak oiii.


Kadang-kadang malas nak layan budak Danish ni.
Teacher dia ckp bdk ni byk mulut.


Apa-apa hal Mama harap Danish jadi anak yang soleh, beriman kepada Allah, taat kepada ibu bapa, bijak,pandai (sesuai dengan makna Erfan Danish).


Mr.Papa cakap Danish kena blaja sembahyang lagipun dia dah pandai ngaji 2 surah muqaddam.(Surah An-Naas dan Surah Al-Ikhlas)


So mulai malam ni, Danish kena join berjemaah dengan kitorg.


Kepada Teacher-teacher N ustazah yang mengajar Danish terima kasih banyak-banyak. Segala pengorbanan takkan kami lupakan. Al-maklumla.. Danish tu budaknya nakal ckit.


H1N1



Sekarang kat negara kita tengah kalut pasal H1N1, Era's family pun sama, sampai takut nak bawak kuar anak-anak pegi jalan-jalan. Sebagai langkah berjaga-jaga Mr. Papa pun mintakla.. dengan adik dia benda alah ni....






Tengoktu,banyaknye...kasih seorang adik kat abang dia. Jangan jeless!!!


Bukannya kedekut nak beli, benda alah ni, tapi kat GM mask tak ada, asal kitorg pegi farmasi diorg kata da habis. Ubat sakit mata kat Hospital GM pun habis siap suruh kitorg pergi beli farmasi. Boleh percaya ke??? terkezut juga dengar bila Papa bagi tau, kitorg kena beli sendiri kat Farmasi..Macam mana kalau orang kampung yang susah, nak beli. Cuba fikir-fikirkan??


Ubat yang Hospital bekalkan cuma Paracetamol dan ubat gatal-gatal mata. Okla.. tu...


Apa yang perlu kita tahu pasal H1N1???

sila link ke:




Wednesday, August 26, 2009

Era N Aje diserang Virus Sakit Mata

Sory lama tak menjengah blog(lama ke???...adala dalam 2-3 hari.). Bukan apa Era n Mr. Papa, di serang sakit mata. Aduh tensionnya...


Rasa gatal, sakit,dan mcm2 rasa lagi. Nasib baikla.. Danish N Ezzah tak kena sakit mata, klu tak kesianla.. diorg. Terutama sekali Ezzah,dia kan masih kecik lagi




tengok tu sampai bengkak-bengkak mata Era. Mr.Aje siap demam lagi, nasib baikla.. Era punya antibodi kuat

Tengok Mr. Papa tengah stand nak buka pose dengan biskut Jacobs dia. Dia cakap tak lalu nak makan. Boleh percaya ke ??? hehehehe

Thursday, August 20, 2009

Diary 20th August 2009



Ari ni kitorg buat:




  • buat bodoh je sebab Mr. Papa exam so tak leh kacau orang duk study.


  • Pagi tadi kuar la.. kejap pergi Parkson yang baru bukak kat Kota Bharu.xsempat tangkap gambar Parkson tadi coz Mr. Papa nak cepat. Pegi sana pun untuk beli sandle Ezzah yang baru. Lagipun Mr. Papa xbawak balik kamera. Dia tinggal kat atas meja makan kat umah. Gggrrramnya. Semua benda nak orang ingatkan. Tension...


  • duk makan-makan apa yang Mak Mertua masak. hehee..bocor rahsia I. Ala.. lagipun bukan slu pun kat sini. betul tak?


  • jaga anak-anak.almaklum la.. ibu mithali. kui..kui..


xsabar nak balik umah my mom kat Pasir Mas. Nak tau kenapa nanti la... Era cita besok or lusa..tunggguuuuuu

Tuesday, August 18, 2009

Cuti Pertengahan Semester 21 Ogos -29 Ogos.


Besok era dah nak balik kampung coz Mr. Papa ada exam pagi lusa dan kitorang nak uruskan hal-hal berkaitan dengan Rumah Impian. xsabar nak balik duduk kat P.Mas. Tak Tau bila Nak duduk umah sendiri. Kadang-kadang terfikir jugak, klu era balik duk kampung, suasana kat sekolah baru xsama macam kat sini. Takut Nt xdapat suaikan diri. Mesti malu-malu...(macamla aku ni pemalu sangat hehheh..) Danish pulak mesti teringatkan G.Musang.


Umah kitorg yang dalam pembinaan. Sebenarnya da siap,tapi cari-cari gambar tak jumpa. May be duk dalam laptop. Keje2 mengsave kan gambar ni slunya keje MR. Papa. Umah kecik je... tak pe la.. janji ada umah. tak duduk menyewa. huhuhu.....




My HenSem Boy Wan NUr ErFan DanisH.

D.O.B : 26 AUGUST 200

2.6 KG je





WaN Nurul Ezzah b. Wan Mohd Azan

D.O.B : 7 JUN 08

2.7 Kg

Sama tapi xserupa.

Comelnya anak mama. Kata Mummy "siapa lagi nak puji anak kita melainkan ibu dia. Kak Era dulu pun bukannya comel sangat tapi Mummy still cakap anak Mummy cantik walaupun hitam".

Sayang Mummy!!!

Hehehe.. betul jugak tue. Sayang anak mama..

Monday, August 17, 2009

yahoo... ada blog

hehhehe..

first time buat blog ni. teruja sangat. tak tau nak tulis apa. Yang penting I da ada blog sendiri. Asyik menjelajah ke blog orang je. hehehhe.

Nasib baik Mr. papa tak balik lagi pastu anak-anak semua dah tido. Kalau tak mesti mengganggu I jer.

First nak bagi tau sapa ekk

1. My beloved broTher N sister-sister. ...Abang, Kak Mie N Mia, orang da ada blog hehehhehe

2. Ipar-Ipar... al-maklum la..Mr. Papa ni adik beradiknya celik IT.

3. My Frend .....Erin...wei aku da buat blog ekk.slunya aku sekodeng hang punya blogg Upssss sorry. Isi masa lapangla... kui..kui...

4. Member2 kat sekolah... kak Zura, Kak Runizan, Maria

5. Sepupu sepapat sama ada belah Mr.Papa or belah I sendiri...