Monday, October 19, 2009

Makcik Cedih Ari ni....

Kenapa la.. ari ni asyik duk pk, dan terbayang-bayang wajah anak murid makcik.
Semalam anak murid makcik meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menyesal pulak makcik pukul dia minggu lepas, dek kerana dia tak buat keje rumah makcik.
Pagi tadi, Husband (Mr. Aje) tepon bagi tau anak murid makcik meninggal, tapi katanya murid tahun 4.
Lepas tu pukul 12.30 makcik pergi sekolah,ari ni terpaksa bawa kete sebab Ezzah bangun lambat.(slunya makcik hantar anak kat nursery kul 11.00pg).
Sampai kat sekolah Puyihh pun panggil
"Teacher, Hakim budak kelas kita dah mati"
"Iyer ke??" Makcik terkejut la..macam tak percaya
Masuk bilik guru, ramai kengkawan dah bercerita, dan makcik pun tepon Guru Kelas dia coz nak tumpang pergi umah Amerul Hakim.
Rupa-rupanya ibu dia meninggal di tempat kejadian,Hakim meninggal di hospital, Ayah dia sekarang koma, dan yang terselamat cuma adik dia yang berumur 1tahun lebih. Kesian tengok adik dia, habis lebam kat pipi n 2 jahitan kat kepala. Kak Aina, dah merah mata, cedih kot. Makcik pun macam tu jugak.
Pukul 1:20 makcik pun pulang,dalam hati terfikir, macam mana la.. adik Hakim tu ya.. mesti lepas ni demam teringatkan ibu dia.
Patut la.. minggu lepas, time makcik nak rotan dia mintak ampun, slunya kalau kita nak rotan dia terus halang je, tapi minggu lepas, macam redha je Makcik nak pukul dia.
Kepada semua pemandu jalan raya, and kepada laki makcik sendiri, bawak keta jangan laju-laju.
Kepada Hakim, Teacher sedekahkan Al- Fatihah untuk Hakim. Semoga Hakim tenang di sana..
petikan drp:
Tiga maut, dua parah kemalangan di Bukit Sejuk
GUA MUSANG 18 Okt. - Tiga orang maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua kereta yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 21.2, Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Bukit Sejuk di sini petang ini.
Mereka yang terbunuh ialah penumpang kereta Proton V6, Noraini Abdul Rahim, 29, dan pemandu kereta Proton Wira, Tan Ooi Tiang, 48, dan seorang kanak-kanak berusia sekitar lima tahun yang belum dikenalpasti.
Kanak-kanak itu dikatakan anak kepada Ooi Tiang, manakala dua mangsa yang cedera parah ialah pemandu dan penumpang kereta Perdana V6.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika hujan lebat dengan permukaan jalan agak licin.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta terbabit terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung," katanya di sini hari ini.
Aziz berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit tersepit dalam kenderaan masing-masing dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan serius di kepala serta badan.
Katanya, dua lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.

2 comments:

cintaKusayangMu said...

huhuhuh.sedeynye kisah budak yg meninggal family meninggal..tgl baby je....cmne nsib baby tu nnt???

era n aje said...

A'a la.. Ari tu nenek dia cakap dia duk panggil mama dia. Masa tu jenazah masih ada kat rumah lagi. Pastu mak sedara dia bagitau mama n abang dia tengah tido. MAkcik sedey sangat. Mintak-mintak Tuhan panjangkan umur makcik. Makcik nak jaga anak makcik...